Tuesday, July 26, 2011

PEREMPUAN NAK MASUK SYURGA SENANG JER...TAPI RAMAI YG ALPA...

aku suke baca bahan2 ilmiah...boleh tambah ilmu & dijadikan pedoman utk masa depan...aku juga mmg suke copy paste benda yg aku baca utk tatapan aku di masa akn dtg..maklum la aku ni pelupa byk..huhu..pe2 pon aku nk C&P lg satu bahan bacaan yg aku rasa bgs sgt utk dibaca dan difahami oleh semua org PEREMPUAN..terutamanya aku ler..harap dpt menjadi iktibar dan panduan buat semua yg sentiasa mencari ilmu kerana ALLAH dan mengharap redhoNya.


teruskan membaca>>>

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah." (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: " Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: " Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya."(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti." (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak." (Diriwayatkan oleh al-Thabarani)

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…" (Surah an-Nisaa', ayat 34)

Rasulullah bersabda,, "Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya." (HR Nasa'i)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar'ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga." (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : " … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: " … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : "Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab : "Kerana kekufuran mereka." Kemudian ditanya lagi : "Apakah mereka kufur kepada Allah?" Baginda menjawab : "Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : `Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.' " (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : "Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!" Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : "Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami." (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , "Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga". (HR At-Tirmidzi)


P/S: baik laki @ pmpn kite haruslah bertggjwb ats semua amanah yg ALLAH bagi..jika alpa dan leka kembalilah mengingati ALLAH yg ESA...hanya kpdNya kite memohon moga diberi kekuatan utk menempuh hidup yg penuh ranjau ini...

OH...SAHABAT...TEMAN...KAWAN...i luv u all..





masa check email td jmpe la gambar2 ni...sungguh terharu bila teringatkn diri ini yg masih belum dapat menjadi sahabat sejati buat teman-teman yg pernah membesar dan bersama sepanjang perjalanan hidup ini...moga diberi kekuatan untuk menjadi sahabat yg lebih perihatin kepada semua teman-teman yg pernah mengenali diri ini lebih-lebih lagi teman yg rapat dan akrab dgn diri ku. Didoakan kalian semua sihat dan bahgia selalu...ingat daku dalam doa mu...

INGAT MATI HINDAR DARIPADA PENYAKIT BANGGA DIRI


Oleh Amran Zakaria
BANGGA diri atau kagum terhadap diri sendiri adalah penyakit hati yang membuat seseorang berasa selesa dan berlapang dada dengan pujian orang lain. Orang seperti itu menganggap dirinya paling baik dan sentiasa melebihi orang lain.

Sikap bangga mendedahkan pelakunya kepada akibat buruk di sisi agama. Pengamalnya akan membudayakan takbur iaitu sifat yang jelek di sisi Allah.

Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.” (Surah Al-Qashash, ayat 76)
Takbur adalah sikap individu yang berasa dirinya lebih tinggi tarafnya dan tidak mahu menghormati orang lain. Penyakit ini juga dikenali sebagai sifat ujub iaitu mengagumi diri sendiri.
Ibnul Mubarak pernah berkata: “Perasaan ujub adalah ketika engkau berasa dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain.”

Imam Al-Ghazali menyatakan: “Perasaan ujub adalah kecintaan seseorang kepada suatu kurnia dan berasa memilikinya sendiri, tanpa mengembalikan keutamaannya kepada Allah.”
Suka dipuji dan memuji diri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap riak. Sebenarnya, yang layak dan berhak dipuji hanya Allah. Firman Allah bermaksud: “Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah Al-Fatihah, ayat 2)

Setiap orang mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain, tetapi milik siapakah semua kelebihan itu. Allah berfirman bermaksud: “Bagi Allah semua kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya.” (Surah Al-Maidah, ayat 120)

Sebenarnya bangga dan kagum diri sendiri adalah sifat Iblis yang memandang rendah Nabi Adam kerana dijadikan daripada tanah sedangkan dirinya daripada api. Firman Allah bermaksud: “Iblis berkata, aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah.” (Surah Saad, ayat 38)

Orang yang terkena penyakit kagum diri dapat dilihat daripada beberapa tanda iaitu selalu memuji dan mengagungkan diri. Pada masa sama, ia melupakan firman Allah bermaksud: “Maka jangan kamu mengatakan dirimu suci. Dialah (Allah) paling mengetahui orang yang bertakwa.” (Surah an-Najm, ayat 32)
Faktor penyebab sikap kagum diri berpunca pujian yang diberikan secara berlebihan dan tanpa mengindahkan tatacara ditetapkan menyebabkan pujian itu mempengaruhi orang dipuji. Orang yang dipuji berasa mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki orang lain.
Tatacara memuji dalam syariat Islam ada tiga iaitu tidak boleh berlebihan, ditujukan untuk hal yang benar dan tidak menimbulkan fitnah iaitu membuat orang yang dipuji menjadi kagum diri sendiri. Apabila tatacara itu dapat dipenuhi, seseorang boleh memuji orang lain. Orang yang kagum berasa nikmat yang diterima kerana kepandaiannya bukan kerana pemberian Allah seperti anggapan Qarun.

Allah menceritakan dalam al-Quran, Qarun berkata: “Sesungguhnnya aku diberi harta itu hanya kerana ilmu yang ada padaku.” (Surah al-Qashash, ayat 78) 


Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Jika seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) 


Kita juga dilarang memuji dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah bermaksud: “Tidakkah engkau perhatikan (dan pelik wahai Muhammad) kepada orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah juga yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” (Surah an-Nisaa, ayat 49) 


Umar al-Khattab mengingatkan umat Islam: “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Sesiapa yang mendakwa dia orang berilmu, sebenarnya dia jahil. Sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” 
Suatu ketika Rasulullah SAW menemui sahabatnya.

Ketika itu sahabat sedang bersandar pada tongkat. Apabila melihat kedatangan Rasulullah SAW, mereka segera berdiri dengan maksud untuk menghormatinya. 
Rasulullah SAW yang melihat hal itu bersabda yang bermaksud: “Janganlah kalian berdiri seperti dilakukan bangsa lain dalam menghormati satu sama lainnya.” (Hadis riwayat Abu Daud) 

Seorang Muslim yang terkena penyakit kagum diri harus segera bertaubat dan berusaha menyembuhkan dirinya daripada penyakit hati itu. Cara dapat dilakukan supaya tidak terkena penyakit kagum ialah selalu ingat hakikat dan kejadian diri. 
Mereka juga harus sedar sekali pun diberi jangka hayat panjang, bukan bererti mereka boleh mendabik dada, angkuh dan membanggakan diri dengan nikmat serta kelebihan kurniaan Allah.

Mereka tetap mati dan harta yang dibawa ialah amal selama hidup di dunia. 
Penghayatan kesedaran seperti ini mendorong seseorang menghindarkan diri daripada penyakit kagum. Mereka yang terkena penyakit itu perlu lebih 
merendah diri serta selalu mengingati mati.

p/s: copy paste dr email oleh Naim Qlate

Friday, July 8, 2011

Cara Menyucikan Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi : Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”.
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W - Paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orangsayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah”sebanyak 3X.
  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
  7. Program minda/cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
  8. Berpuasa. Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati. Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga pemakanan. Jangan makan makanan yang syubhat. (Penting dalam aspek menuntut ilmu)
  14. Berkawan dengan ulama’.
  15. Berkawan dengan orang miskin. (menginsafi)
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.”